Ticker

6/Zero/ticker-posts

Ketua BN Selangor lapor polis terhadap MB Kedah


Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor kerana membayangkannya mencipta dokumen Pasleak.

Isham berkata dia membuat laporan polis melalui pegawainya pagi tadi di Balai Polis Bandar Bukit Puchong.

Katanya, kenyataan Sanusi mempunyai elemen fitnah jenayah yang menjadi kesalahan bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan.

“Kenyataan-kenyataan menteri besar Kedah di atas adalah tidak benar, fitnah dan berniat jahat terhadap saya,” katanya dalam laporan polis yang dikongsi di media sosial hari ini.

Katanya, Sanusi di Alor Setar kelmarin menyebut:

"Saya (Sanusi) beranggapan dokumen itu dibuat laskar siber pihak yang dapat kepentingan daripada dokumen itu, contohnya Ketua Penerangan Umno Isham Jalil."

Isham juga berkata Sanusi mendakwa Isham mempunyai kepentingan terhadap dokumen itu, “sedang guna dokumen itu” dan “ada potensi untuk buat dokumen.”

PASleak merujuk kepada butiran pertemuan pemimpin yang didakwa diusahakan pemimpin PAS dengan pemimpin pelbagai parti.

Ia antaranya menyebut tentang idea campur tangan dalam kes mahkamah bagi mempercepat hukuman terhadap presiden Umno Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak.

Pemimpin PAS menafikan kesahihan dokumen itu.

Isham semalam memberi kata dua kepada Sanusi–minta maaf dan menarik balik kenyataan dalam 48 jam atau berdepan tindakan undang-undang.

Katanya, walaupun Sanusi menggunakan perkataan "mungkin", ia tidak membebaskannya daripada didakwa kerana memfitnah.

Post a Comment

0 Comments